Tari (wang)
Syiling Tari ( طري secara literal "lembut/baharu", atau duit yang baru ditempa)[1], ialah gelaran Kristian buat sejenis syiling emas asalan Islam yang ditempa di Sicily, Malta dan Itali Selatan dari lebih kurang 913 hingga 1859 CE.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Di dalam dunia Islam, syiling jenis ini digelar ruba'i, ataupun suku-dinar, kerana beratnya 1.05g emas.[2] Ruba'i ditempa oleh Muslim di Sicily, berlainan dengan pemerintah Muslim di Afrika Utara yang lebih cenderong kepada dinar (yang lebih besar).[3] Tari menjadi popular kerana lebih kecil, justeru lebih mudah diguna daripada dinar 4.25g yang lebih besar.[4]
Tari tersebar dengan amat meluas sehinggakan pada pertengahan abad ke-10, tiruan yang hanya menggunakan "pseudo-Kufi" yang tidak boleh dibaca, ditempa di selatan Itali (Amalfi dan Salerno).[5][6][7] Apabila Norman menyerang Sicily pada abad ke-12, mereka mengeluarkan tari yang mempunyai petunjuk dalam bahasa Arab dan Latin.[8] Roger II of Sicily mengeluarkan syiling sebegini, sekaligus menjadi satu-satunya pemerintah Barat masa itu yang menempa syiling emas. Nilai mereka ialah 161⁄3 karat, dengan sedikit adjunksi (tambahan) dengan perak dan tembaga.[9] Tari juga dikeluarkan oleh Hohenstaufen dan Angevins awal.[10]
Secara amnya syiling tari ditempa dengan emas Afrika yang diperoleh dari Misrata atau Tunis di Afrika Utara dengan menukarkannya dengan bijian.[11]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Blanchard, Ian. Mining, Metallurgy and Minting in the Middle Ages. Franz Steiner Verlag, 2001. ISBN 978-3-515-07958-7 [1]
- Cardini, Franco. Europe and Islam. Blackwell Publishing, 2001. ISBN 978-0-631-22637-6 [2]
- Grierson, Philip. Medieval European Coinage. Cambridge University Press, 1998. ISBN 978-0-521-58231-5 [3]
- Matthew, Donald, The Norman kingdom of Sicily Cambridge University Press, 1992 ISBN 978-0-521-26911-7 [4]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tari (wang) |